بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم...Selamat Datang ke Portal Rasmi SRITI Darul Ulum Alor Setar

INFAQ BAIK PULIH GAZEBO SRITI DARUL ULUM

Pihak sekolah berbesar hati untuk menjemput para insan yang ingin berkongsi rezeki untuk menggerakkan kerja-kerja baik pulih gazebo di SRITI Darul Ulum, yang kini dalam keadaan teramat daif dan boleh mendatangkan bahaya kepada anak-anak didik SRITI Darul Ulum. Dalam kesempatan ini pihak sekolah mengajak untuk sedikit sebanyak membantu sekolah dari segi pembiayaan.
 
Ayuh! Mari berinfak!
 
Pindahan dana melalui bank:
  • Sek. Ren. Islam Darul Ulum
  • 02011010025287 (Bank Islam)
  • Rujukan: Gazebo

 

Sila imbas QR di bawah untuk menghubungi pihak sekolah melalui WhatsApp, atau tekan pautan ini.

Semoga Allah SWT melebarkan lagi rezeki para penyumbang yang sungguh murah hati, insya Allah.

LAGI

MAJLIS ANUGERAH SANJUNGAN ILMU PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2025

Alhamdulillah pada 2 Julai 2025 yang lalu, usai pelajar Tahun 6 Sekolah Rendah Islam Darul Ulum masih lagi menduduki Peperiksaan Sijil Pendidikan Islam 2025, alumni SRIDU, Muhammad Hakimi bin Mohd Hisham telah dijemput khas untuk menerima penghargaan dari pihak Kerajaan Negeri Kedah sebagai pelajar ketiga terbaik seluruh negeri Kedah dalam Peperiksaan SPI sesi 2024/2025. Hakimi kini menuntut di Maktab Mahmud Pokok Sena untuk meneruskan pembelajaran peringkat menengah. Tahniah diucapkan kepadanya dan untuk seluruh seisi sekeluarga atas kejayaan ini. Sekalung penghargaan kepada para guru yang tidak putus-putus membimbingnya ke mercu kejayaan. Tidak dilupakan juga warga asrama dan para staf yang turut mendampinginya sepanjang melakar detik-detik sebagai sebahagian warga SRIDU.

LAGI

SELAMAT MENDUDUKI SIJIL PENDIDIKAN ISLAM (SPI) 2025

Insya Allah pelajar tahun 6 SRITI Darul Ulum menduduki Sijil Pendidikan Islam (SPI) 2025 yang diselia oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK) pada 1-7 Julai 2025. Warga sekolah mendoakan kejayaan buat anak-anak, semoga mumtaz dengan keputusan 9A insya Allah.

LAGI

TERIMA KASIH PARA DERMAWAN

Terima kasih kepada para penyumbang yang telah menjayakan Ihya Ramadan SRITI Darul Ulum bagi tahun 1446H (2025M). Alhamdulillah. Syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kepada para budiman yang telah sudi menaja santapan iftar dan sahur warga asrama SRITI Darul Ulum, sepanjang hari-hari persekolahan dalam bulan Ramadan tahun ini. Tidak lupa juga kepada insan-insan yang secara tidak langsung, telah memanjang-manjangkan peluang beramal sempena bulan mulia ini kepada sanak saudara, jiran tetangga mahupun sahabat handai. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa-jasa insan-insan seperti begini yang sukar dinilai dalam bentuk kebendaan.

LAGI

RAMADAN 1446H DI SRITI DARUL ULUM

Alhamdulillah, sama-sama ketemu kembali bulan mulia yang penuh keberkatan. Tidak lain dan tidak bukan, bulan Ramadan bagi tahun 1446 Hijrah bersamaan tahun 2025 Masihi.

Dalam kesempatan ini, pelbagai program telah dilaksanakan bersama-sama warga SRITI Darul Ulum, sempena bulan mulia Ramadan 1446H.

Hari-hari terakhir Sya'ban 1446H lagi telah diadakan suatu ceramah Istiqbal Ramadan.

Tibanya bulan Ramadan, pelajar-pelajar terpilih mengikuti slot tadarus khas sempena bulan Ramadan. Insya Allah semoga dapat khatam sebelum berlalu sudah bulan Ramadan.

Selain itu juga, sempena sambutan Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadan yang lalu (18 Mac 2025), pelajar tahap 2 telah mengikuti pengisian istimewa yang disampaikan oleh penceramah jemputan.

Warga asrama juga turut tidak ketinggalan menyerikan lagi aktiviti bulan Ramadan dengan majlis tahlil, iftar, solat terawih berjemaah, moreh dan sahur bersama-sama.

Semoga pahala amalan terutamanya para penyumbang yang telah menjayakan aktiviti-aktiviti SRITI Darul Ulum menjadi pemberat ke pintu syurga dengan redha-Nya jua insya Allah.

LAGI

JOM! BAYAR ZAKAT FITRAH MELALUI PIHAK SEKOLAH!

Sebelum hari Aidilfitri tiba, menjadi tuntutan bagi semua orang Islam untuk menunaikan zakat fitrah.

Sebagai salah satu pihak amil zakat fitrah yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Negeri Kedah, pihak sekolah menjemput sesiapa sahaja yang ingin menunaikan zakat fitrah melalui pihak sekolah.

Kadar zakat fitrah bagi tahun 1446H ialah RM 7.00 atau RM 14.00.

Kaedah pembayaran ialah dengan e-wallet, bank transfer atau kad.

JOM! Klik sini untuk mula membayar zakat fitrah melalui pihak sekolah. Atau imbas kod QR yang disisipkan.

LAGI

AL-QURAN TIME DI INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM (IPI) NEGERI KEDAH DARUL AMAN

5 Ramadan 1446

5 Mac 2025

Alhamdulillah pelajar tahun 3, 4, 5 dan 6 SRITI Darul Ulum pada hari ini telah menyertai majlis pelancaran Al-Quran Time di Institusi Pendidikan Islam (IPI) Negeri Kedah Darul Aman secara maya, diserikan oleh YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat sebagai perasmi utama.

 

LAGI

Image News
Image News
Image News

Image Banner